LOKASI KAMI !

NEXT ACITIVITIES ~

SEJARAH CP7



SEJARAH PSSCPTM


Cimandi telah ditubuhkan dan diwujudkan di salah sebuah daerah di Indonesia kira-kira tahun 1700 dahulu. Silat ini telah diasaskan oleh seorang guru perempuan yang digelar Ibu Semantan  bersama  Mbah Khaer iaitu suaminya yang terkenal dengan kehandalan silatnya sendiri . Mbah Khaer digelar pendekar terhebat dikampungnya kerana beliau tidak pernah tumpas dengan mana-mana pendekar yang lain serta perompak di kampungnya itu.Apabila pulang ke rumah, Mbah Khaer hairan kerana isterinya belum pulang ke rumah walaupun hari sudah malam.Perutnya belum diisi.Mbah Khaer naik berang dan menyangka Ibu Semantan curang dibelakangnya.Setelah beberapa lama,sudah lewat malam,isterinya pun pulang dengan membawa pakaian yg masih belum dibasuh.Mbah Khaer menyangka tekaannya tepat bahwa Ibu Semantan curang sama dia.Mbah Khaer bertanya,”Dari mana kamu (bahasa jawa).Beliau tidak menunggu isterinya menjawab lalu menempeleng isterinya.Tetapi Ibu Semantan bersahaja mengelaknya.Mbah Khaer naik berang lalu mencubanya lagi dan terus mencuba.Akhirnya,Mbah Khaer keletihan.Namun Ibu Semantan masih bersahaja lagi.Mbah Khaer bertanya”dari mana kamu belajar ni?” telah menepis tamparan suaminya yang dikatakan seorang pendekar handal sedangkan beliau  ( Ibu Semantan ) tidak pernah mendalami ilmu persilatan .Lalu Ibu Semantan menceritakan.Semasa dia di Sungai tadi hendak membasuh pakaian dan melakukakn tugas harian, beliau terdengar suara pertarungan yang amat dasyat dari dalam hutan itu.Semakin menghampiri,semakin kuat didengarnya.Beliau pun mendekatinya,lalu melihat seekor beruk putih yang besar dan seekor harimau putih yang besar badannya sedang bertarung .Beliau melihat sampai terkesima dan bertekad untuk melihatnya sehingga pertarungan kedua binatang itu habis.Beliau mencuba mengingatkan gerak kedua ekor binatang itu, beliau beruntung kerana pergerakan harimau dan beruk putih itu berulang-ulang dan ia mudah untuk diingatkan.Pertarungan harimau dan beruk putih itu diakhiri dengan ghaib apabila menjelang malam.Beliau pun mula praktis (membuat latihan) di pinggir sungai.dan beliau mengatakan, apa yang diguna semasa Mbah Khaer menyerangnya, diambil dari pertarungan itu.


Pada msa itu juga Mbah Khaer menyuruh isterinya mengajarkan kepadanya.(Mbah Khaer).2kepala lebih baik dari 1 kepala untuk mengingatkan.Selepas itu,mereka mengambil keputusan untuk berhijrah bagi mengembangkan Gerak Silat ini.Mereka berpecah.Mbah Khaer ke sebelah Belanda dan Ibu Semantan di Indonesia.Sebelum Itu, mereka mengambil nama Silat ini sempena nama sungai iaitu mande dan 7 perkampungan di situ bermula dengan Ci.Wujudlah Cimande (Indonesia) Cimandi(Malaysia).

Ringkasan Penyambungan Mula Cerita Ibu Semantan Di Jawa Timur Indonesia

Akhirnya beliau (Ibu Semantan ) berjaya  dan telah mengajar ilmu membela diri ini kepada salah seorang murid  wanita pertama beliau yang bernama Ibu Surtani.Keyakinan dan perjuangan Ibu Surtani di dalam ilmu persilatan amatlah mendalam sekali sehingga mendapat perhatian umum di serata pelusuk Indonesia. Walaupun begitu, Ibu Surtani terus memperkembangkan ilmu persilatan ini ke daerah Bentan di Indonesia dan telah melantik salah seorang daripada anak muridnya yang bernama Ibu Muryati sebagai jurulatih kanan di daerah Bankalis Indonesia untuk membantu beliau.

Ibu Muryati mempunyai 7 orang anak murid iaitu 5 orang anak perempuan dan 2 orang anak lelaki. Salah seorang daripada anak lelaki Ibu Muryati yang bernama Bapak Sukiman telah berhijrah dari Tanah Jawa Indonesia ke Malaya iaitu Bumi Malaysiapada tahun 1930 an.Sesampai sahaja di Malaya, beliau telah bermastautin di Batu Pahat, Johor untuk menjalankan amanah dan tugasannya. Selepas beliau merantau ke beberapa tempat di Malaya dari satu tempat ke tempat yang lain serta dari satu negeri ke negeri yang lain sehinggalah beliau bertemu dengan Pengasas Silat Cimandi di seluruh Malaysia sehingga kini  iaitu Tuan Guru Haji  Kari bin Sakiman. Beliau telah berkhidmat untuk anak bangsa dengan penuh displin dan berdedikasi dan sentiasa memberikan ilmu-ilmu yang sewajarnya serta kata-kata semangat kepada setiap ahli Cimandi.Sejak daripada itu, Bapak Sukiman telah menaruh sepenuh kepercayaan beliau untuk meneruskan hasrat memperkembangkan Silat Cimandi ini.Dengan kesempatan ini , Haji Kari Bin Sakiman atau dikenali sebagai Wak Khari tidak mematahkan hasrat Bapak Sukiman.Beliau meneruskannya sehingga Silat Cimandi dikenali di Malaysia.

            Malangnya beliau telah mendapat kemalangan pada tahun 1982 dan mengalami kecederaan.  Akibat dari kemalangan tersebut,setelah meneliti atas kesihatan beliau ketika itu , beliau telah melantik salah seorang daripada anak muridnya untuk meneruskan seni silat ini. Beliau telah memberi sepenuh kepercayaan kepada anak muridnya itu ,dimaksudkan ialah Tuan Guru Hj Md Zin Omar selaku Yang Dipertua serta Guru Utama Pertubuhan Seni Silat Cimandi Pecah Tujuh yang diamanahkan sendiri oleh gurunya Tuan Guru Haji Kari bin Sakiman . Tuan Guru Haji Md Zin Bin Omar diberi sepenuh kepercayaan dan tanggungjawab dalam memperkembangkan dan memperluaskan lagi Seni Silat ini ke seluruh negara dan dengan tabah dan amanah beliau menerima amanat itu dari gurunya.Salah satu hasilnya , 


Beliau telah membawa kejuaraan kepada Silat ini dengan anak-anak muridnya berjaya membawa Pertubuhan Seni Silat Cimandi Pecah Tujuh Juara Keseluruhan Kejohanan Silat di salah satu pertandingan di Malaysia pada tahun 80-an.Beliau juga telah mengajar di seluruh Negeri di Malaysia baik di gelanggang mahu pun di badan – badan kerajaan dan swasta seperti PDRM , F.R.U , Kilang-kilang dan banyak lagi.Sehingga kini Pertubuhan Seni Silat Cimandi Pecah Tujuh diberi nama dan dikaji oleh Tuan Guru Haji Kari Bin Sakiman serta anak muridnya iaitu Tuan Guru Haji Md Zin Bin Omar yang merangkumkan 7 erti dan 7 maksud dalam dunia dan akhirat  serta 7 huruf CIMANDI dirangkumkan jurus-jurus silat ini.Hari demi hari dibantu hingga kini anaknya sendiri iaitu Cikgu Muhammad Razif bin Md Zin yang telah dilantik olehnya sebagai Jurulatih Kanan Pertubuhan yang mahu mengikut dan membantu untuk menaikkan Pertubuhan ini ke peringkat yang lebih tinggi dibantu juga ahli—ahli Pertubuhan Seni Silat Cimandi Pecah Tujuh yang lain. Sehingga kini,Cimandi Pecah Tujuh terus berdiri dan berkembang.

Huruf C.I.M.A.N.D.I mempunyai makna yang tersendiri mengikut lunas-lunas Islam secara zahir dan batin seperti mana dalam kandungan sejarah tadi yang terdapat dalam tujuh huruf , tujuh makna , tujuh jurus asas , tujuh pecahan asas ,tujuh pukulan asas dan banyak lagi.Ertinya adalah :






CIMANDI juga mempunyai tujuh pecahan atau pelajaran yang semuanya bermula dengan huruf -C- dan kesemuanya mempunyai 49 pergerakan iaitu    :-





 CP7 MENGKAJI SILATNYA SEAWAL LOGONYA


                                                  Carta perguruan ( GURU )




Dengan Slogan ‘Seni Itu Indah , Budaya Itu Megah ‘ peliharalah Ilmu yang kita ada sebaik-baiknya.Sekian , Assalamualaikum W.B.T





MAKAM MBAH KHAER DI 
INDONESIA


CARTA SALASILAH PERJALANAN PSSCPTM

ANTARA BINATANG YANG GANAS, CEKAP, DAN PANTAS DIKATAKAN MENJADI ILHAM IBU SEMANTAN



ANTARA BINATANG YANG GANAS, CEKAP, DAN PANTAS DIKATAKAN MENJADI ILHAM IBU SEMANTAN

PERKAMPUNGAN CIMANDE YANG MASIH WUJUD HINGGA KINI

PERKAMPUNGAN CIANJUR YANG MASIH WUJUD HINGGA KINI

PECAHAN PERMAINAN

PECAHAN PERMAINAN

PECAHAN PERMAINAN
PECAHAN LIBASAN BUAYA

PECAHAN KEPANTASAN

PECAHAN PERMAINAN JENGKING

5 comments:

Sarra Chin said...

new things for me to learn~

Unknown said...

Sy pernah menjadi murid Pertubuhan Seni Silat Cimandi Sarawak..dari almarhum bapa guru Allahyarham Bapak Rokok bin Kanta,Allahyarham Ahmad Nor Batasan.dan tinggal satu2 Guru yang tinggal Aman Bin Taha.PSS Cimandi Sarawak Mula bertapak di kpg Latih Skim Of tahun 1974.

Unknown said...

Kpg Laruh Skim pada tahun 1974.

Unknown said...

masih lagi aktif silat cimandi di kpg semariang batu kuching sarawak.

Unknown said...

pukulan silat monyet a.k.a CIMANDI